Gesaan Letak Jawatan: Anwar Suruh Muhyiddin Tumpu Kes Mahkamah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan bagaimana perkiraan yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesaknya meletakkan jawatan selepas keputusan Pilihan Raya Negeri baru-baru ini.

Sebaliknya, ujar Anwar, adalah lebih baik jika Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes mahkamah yang sedang beliau hadapi.

Sabtu lalu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mendesak Anwar dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan, selepas mendakwa kemerosotan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan

Anwar dalam pada itu menegaskan pentabdiran negara pada hari ini masih lagi dikuasai oleh Kerajaan Perpaduan.

“Kita kekal kemenangan tiga negeri, kita masih dapat dua pertiga majoriti ahli parlimen, dia buat perkiraan apa? Saya nasihatkan dia tumpun kes mahkamah,” kata Anwar ringkas kepada media.

Anwar ditemui selepas merasmikan projek Residensi Wilayah, Residen Prihatin Madani dan Pusat penjaja Madani di Desa Tasik hari ini.

Pada PRN lalu Kerajaan Perpaduan dan pembangkan mengekalkan status quo dengan masing-masing mendapat kemenangan di negeri yang ditadbir sebelum ini.

BBerkaitan

Latest articles