Gencatan Senjata: Di Sebalik Kelegaan, Anwar Luah Kerisauan Di Gaza

KUALA LUMPUR: Meskipun persetujuan untuk gencatan senjata adalah berita yang melegakan banyak pihak, namun ramai perlu mengambil sikap berhati-hati dengan keganasan kerajaan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kebimbangannya terhadap kenyataan rejim Zionis yang mahu meneruskan keganasan terhadap penduduk di Gaza.

“Ia melegakan sedikit tetapi kita berdepan dengan rejim yang ganas yang membuat kenyataan mereka akan meneruskan kegiatan keganasan mereka dan itu sangat membimbangkan kita,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Furqan, Presint 11, hari ini.

Semalam, Israel dan Hamas mencapai kata sepakat untuk memulakan gencatan senjata selama empat hari berkuatkuasa hari ini, setelah hampir tujuh minggu peperangan berlangsung.

Gencatan senjata bermula pukul 7 pagi (1 tengah hari waktu Malaysia) melibatkan utara dan selatan Gaza dan akan diikuti dengan pembebasan beberapa daripada lebih 200 tebusan yang diambil oleh Hamas ketika serangan 7 Oktober lalu.

Gencatan senjata sementara itu juga akan membolehkan bantuan memasuki wilayah Gaza yang sebelum ini dikepung.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia sedia menghantar bantuan sukarelawan ke Palestin sekiranya mendapat persetujuan daripada negara-negara Arab.

“Cuma tertakluk kepada persetujuan kita dengan negara Arab dengan negara Islam terutama jiran di sekotar Palestin,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles