KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan gegaran yang berlaku di beberapa buah negeri, terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berpunca dari gempa bumi berskala 6.1 yanh menggegarkan utara Sumatra pada jam 9.39 pagi.
Dalam satu hantaran di Twitter, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 76 kilometer barat laut Payakumbuh, Sumatra pada kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dilaporkan berlaku ekoran gempa bumi berkenaan.