Gema Raya Putrajaya 2026 @PICC Sasar 800 Ribu Pengunjung, Tawar Cabutan Bertuah Proton e.Mas 5

PUTRAJAYA, — Gema Raya Putrajaya 2026 menyasarkan kehadiran seramai 800,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjuran selama 33 hari bermula 15 Februari hingga 19 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pengurus Acara, Rayme Zainal berkata, sasaran tersebut mencerminkan keyakinan penganjur terhadap lokasi strategik Putrajaya, sokongan rakan strategik serta perancangan program yang merangkumi elemen ekonomi, kebudayaan dan pengisian keagamaan.

Menurut beliau, acara yang dianjurkan oleh Raydiates Blue itu bukan sekadar program Ramadan, sebaliknya sebuah platform kebudayaan dan keagamaan yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh makna.

“Sepanjang penganjuran, Gema Raya Putrajaya 2026 akan menampilkan platform keusahawanan untuk usahawan tempatan, program kebudayaan dan warisan yang mengangkat seni tradisi serta kontemporari, selain pengisian keagamaan seperti tazkirah, forum dan aktiviti komuniti,” katanya ketika majlis pelancaran acara berkenaan.

Beliau berkata, penganjur mahu menjadikan Gema Raya sebagai sebuah destinasi komuniti yang bukan hanya tertumpu kepada aktiviti jualan, tetapi turut memberi ruang kepada masyarakat menghayati budaya, memperkukuh silaturahim serta menyemarakkan nilai spiritual sepanjang Ramadan.

Rayme turut merakamkan penghargaan kepada para penaja utama, penaja bersama dan rakan strategik yang memberi komitmen awal bagi merealisasikan acara tersebut.

Katanya, dengan jangkaan 800,000 pengunjung, Gema Raya Putrajaya 2026 membuka peluang capaian jenama yang signifikan kepada penaja, selain meningkatkan keterlibatan langsung dengan komuniti.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan peranan rakan media penting bagi membawa naratif bahawa Gema Raya bukan sekadar acara komersial, tetapi sebuah program berimpak tinggi yang menyumbang kepada ekosistem ekonomi dan sosial.

“Dengan sinergi semua pihak, kami yakin Gema Raya Putrajaya 2026 bukan sahaja mampu mencapai sasaran yang ditetapkan, malah berpotensi menjadi penanda aras baharu bagi penganjuran acara Ramadan dan Raya di negara ini,” katanya.

Gema Raya Putrajaya 2026 merupakan festival raya yang dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Turut serta sebagai Rakan Strategik edisi pertama Gema Raya Putrajaya adalah GRAB, MindLab, Red Circle Studio, Happy Token, Aunim Model, Mahardika Production, JBS Solutions, Monster Outdoor, Anjung E.A.T.S, GG Coffee dan Rakan Pelaksana POUCHES MY.

Festival itu menggabungkan keusahawanan, seni budaya, penggunaan teknologi, program kerohanian serta inisiatif kebajikan komuniti, dengan penyertaan hampir 300 vendor dan jangkaan kehadiran sehingga 800,000 pengunjung.

Dalam pada itu, Menurut Rayme lagi Gema raya ini akan menyaksikan kemunculan Aina Abdul, Ernie Zakri, Khai Bahar, Amir Masdi dan Nabila Razali yang akan membuat persembahan pada hujung minggu terpilih pasti dinantikan pengunjun kerana kesemua mereka merupakan bekas finalis yang pernah berentap di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu.

Tambahnya, turut memeriahkan acara adalah Bella Astillah serta artis meningkat naik iaitu juara sulung program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia, Didie Shazry, dan kumpulan Alpha yang ditubuhkan menerusi program Big Stage Alpha.

“Selain barisan agaman terkenal yang telah di susun dalam pengisian kerohanian untuk program Nur Ramadan dan tambahnya pembabitan artis bertaraf gred A yang pernah memenangi pelbagai anugerah dilihat sebagai penanda aras kelangsungan dan kejayaan penganjuran Gema Raya Putrajaya pada masa akan datang.

“Sebagai penganjur, kami mahu memberikan yang terbaik kepada semua pihak terutama kepada usahawan yang berniaga, dalam usaha menarik
lebih ramai pengunjung ke PICC,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles