Gegaran di Ipoh Bukan Akibat Hujan Meteor Orionids kata Ketua Pengarah MYSA

Kejadian gegaran dan dentuman kuat yang dirasai di beberapa kawasan di bandar raya ini semalam bukan berpunca daripada hujan meteor Orionids, seperti yang didakwa di media sosial. Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah.

Menurut Azlikamil, fenomena hujan meteor Orionids adalah kejadian biasa yang berlaku setiap tahun, namun sisa meteor kebiasaannya terbakar dan terurai di atmosfera sebelum sampai ke bumi.

“Sisa meteor yang berjaya sampai ke permukaan bumi biasanya sangat kecil dan jarang menyebabkan gegaran atau dentuman. Jika ada, sudah pasti ada lokasi hentaman dan kesan kebakaran,” katanya lapor Potal Berita Harian

Beliau yang mengulas dakwaan pengguna media sosial yang menyatakan gegaran yang berlaku sekitar jam 11.06 pagi semalam adalah disebabkan oleh hujan meteor Orionids.

Sebelum ini, penduduk Ipoh dilaporkan cemas apabila gegaran kuat dirasai di beberapa lokasi seperti Hospital Raja Permaisuri Bainun, Chemor, Stadium Perak, dan Meru Raya. Kejadian sama turut dilaporkan di kawasan seperti Tanjung Rambutan, Klebang, dan Jelapang.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, menafikan gegaran itu berpunca daripada aktiviti kuari, latihan pasukan keselamatan, atau aktiviti seismik. Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga mengesahkan tiada laporan penerbangan tentera di ruang udara Ipoh ketika kejadian, sekali gus menolak kemungkinan ledakan sonik daripada pesawat.

Azlikamil menambah bahawa pihaknya sentiasa memantau pergerakan meteor besar yang berpotensi membahayakan bumi, tetapi tiada bukti gegaran ini berkait dengan fenomena angkasa.

Hujan Meteor Orionids, yang berlaku antara 2 Oktober hingga 7 November setiap tahun, dijangka mencapai kemuncaknya pada malam semalam sehingga Subuh tadi, dengan sekitar 10 hingga 20 meteor dapat dilihat setiap jam di langit Malaysia.

BBerkaitan

Latest articles