Galakkan Institusi Media Tubuh Koperasi

KUALA LUMPUR: Institusi media digalakkan untuk menubuhkan koperasi dalam usaha menyalurkan pelbagai bantuan, bimbingan atau kursus keusahawanan bagi meningkatkan lagi pendapatan mereka.

Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata sehingga kini hanya satu peratus institusi media menubuhkan koperasi masing-masing.

“SKM menggalakkan pengamal media menubuhkan koperasi kerana ini adalah salah satu platform untuk menjana pendapatan, sekurang-kurangnya apabila kita berada di dalam koperasi di kala umur semakin meningkat, kita ada sandaran.

“Jika masih kurang pengetahuan tentang peranan koperasi, saya boleh minta pegawai-pegawai SKM menyantuni pengamal media untuk jadikan koperasi sebagai wadah salah satu perniagaan,” katanya yang ditemui selepas Majlis SKM X Media Meet Up di Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur, petang tadi.

Dalam majlis yang sama, SKM turut menzahirkan penghargaan terhadap pengamal media yang membantu publisiti agensi berkenaan.

Majlis berkenaan turut diisi dengan acara cabutan bertuah dan penyampaian sijil dan plak penghargaan.

BBerkaitan

Latest articles