Gagal Elak Motosikal, Remaja 15 Tahun Maut Dirempuh

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dalam kemalangan di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, nahas dua buah motosikal itu mengakibatkan mangsa pelajar sekolah, Muhammad Alif Ramadani A Ramli, 15, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi pelajar, Qallif Firdaus Abdullah, 14, patah kaki kanan.

“Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam ketika mangsa maut yang menunggang motosikal jenis Yamaha 115Z dalam perjalanan dari Kuala Sungai Baru menuju ke Jambatan Linggi.

“Sebaik tiba di lokasi depan Taman Kelisa, motosikal ditunggang Qallif Firdaus dari arah Jambatan Linggi ke Taman Kelisa tiba-tiba membelok masuk ke kanan dan terlanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataaan, hari ini.

Menurut Ashari, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Ashari berkata, kedua-dua motosikal ditunggang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat itu dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BBerkaitan

Latest articles