G57 Bersedia Wakili Lelaki OKU Untuk Saman Sivil RM1 Juta

KUALA LUMPUR: Insiden seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang diserang sekumpulan lelaki di tapak pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, Jumaat lalu mendapat perhatian Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang menyatakan kesediaan menyediakan khidmat guaman secara percuma.

Supaya insiden malang itu dijadikan pengajaran buat ramai oihak, Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, saman sivil berjumlah RM1 juta perlu dikenakan ke atas kumpulan penyerang berkenaan.

“Saman sivil ini agar orang ramai tidak mudah mengambil tindakan di luar batas undang-undang.

“Kumpulan peguam G57 akan cuba menghubungi keluarga pakcik OKU tersebut untuk berbincang dan berharap agar mereka bersetuju memulakan proses saman tersebut,” katanya.

Jumaat lelaki, lelaki OKU mental berkenaan dibelasah teruk oleh sekumpulan individu, termasuk peniaga selepas motosikal yang ditunggangnya dikatakan melanggar sebuah gerai jualan di pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu.

Dalam perlanggaran yang dilaporkan berlaku jam 9.30 pagi itu, menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh sebelum mangsa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.

Dalam pada itu Zulkarnain juga menempelak Tindakan tidak berperikemanusiaan sekumpulan individu yang menyerang itu serupa dengan askar Israel.

“Ia bukan sahaja tidak dilayan sebaliknya ditendang jelas menggambarkan perilaku ini hampir serupa dengan kekejaman askar Israel,” katanya.

Katanya lagi, G57 juga bersedia melangsaikan kesemua kerugian peniaga yang terjejas akibat kesilapan yang dilakukan oleh pakcik tersebut.

“G57 berharap agar keluarga kepada pakcik tersebut tidak menarik laporan polis walaupun selepas ini usaha memujuk mereka dibuat.

“G57 turut senada dengan seluruh rakyat Malaysia bahawa tindakan mengheret pakcik OKU tersebut dan memukulnya jelas adalah tindakan tidak berperikemanusiaan,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles