KUALA LUMPUR — Sekitar formasi juruterbang helikopter dan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang melaksanakan latihan operasi dan persiapan bagi sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut 31 Ogos ini.
TUDM dalam kenyataan baru-baru ini memaklumkan pasukan itu akan melakukan koordinasi Terbang Lintas Hormat dan Segmen Udara melibatkan pesawat udara milik ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu pesawat milik TUDM, Tentera Darat dan Tentera Laut, sempena sambutan Hari Kebangsaan Rabu ini.
“Latihan itu turut melibatkan pesawat udara milik Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Sepanjang tempoh latihan persiapan sehingga hari sebenar, pesawat terlibat akan melaksanakan penerbangan rendah dan penerbangan taktikal,” menurut kenyataan itu.