Florida Mula Buka Semula Pantai Dan Orang Ramai Serbu Tanpa Penjarakan Sosial

Dengan kes positif lebih 1 juta dan kematian lebih 80,000 orang, penduduk Amerika Syarikat (AS) nampankya seakan-akan tidak bimbang dengan penyakit Covid-19 yang kini masih menjangkiti manusia di seluruh dunia.

Negara Uncle Sam itu mencatatkan kes positif Covid-19 sebanyak 1,364,517 kes dengan kematian berjumlah 80,574 orang.

Beberapa hari lepas beberapa negeri di AS sudah mula membuka semula lokasi tumpuan awam dengan beraninya walaupun kes jangkitan di negara itu masih meningkat dengan mendadak oleh kerana rakyatnya dikatakan mahu kembali menjalani kehidupan normal.

Pihak berkuasa Florida mula membuka pantai-pantai awam dan orang ramai tidak menunggu lama untuk turun ke pantai dan bersantai beramai-ramai di sana.

BACA JUGA : Malaysia Lakukan Sesuatu Yang Luar Biasa Dalam Memerangi Covid19

Pantai Clearwater di Tampa Bay dibuka semula dengan papan tanda memberitahu orang ramai supaya menjaga jara sekurang-kurangnya enam kaki di antara satu sama lain tetapi keadaannya dilihat berbeza dengan orang ramai memenuhi pantai itu.

Di Taman National Mall di Washington DC pula, ribuan orang berkumpul untuk menyaksikan penerbangan lintas hormat pasukan Tentera Laut AS Blue Angel dan pasukan Tentera Udara AS Thunderbirds pada 2 Mei 2020.

Puluhan ribu manusia berkumpul di Taman National Mall di Washington DC untuk menyaksikan penerbangan lintas hormat pesawat pasukan Tentera Udara dan Tentera Laut AS.

Formasi terbang lintas hormat itu ialah untuk memberikan penghormatan kepada petugas barisan hadapan AS yang juga sama bertugas tidak mengira penat lelah untuk berdepan pandemik itu.

Bagaimanapun, ia agak pelik kerana jika perhimpunan besar seperti di National Mall diadakan, risiko yang begitu tinggi untuk negara AS tidak mampu untuk kembali puih dari wabak berkenaan kerana masih ramai berisiko dijangkiti.

Beberapa negara lain seperti Itali, Sepanyol dan Australia sudah mula membuka semula tempat tumpuan awam seperti sediakala.

Di sana ada peringatan tentang penjarakan sosial tetapi orang ramai tidak mengendahkannya. – TRI

BBerkaitan

Latest articles