Five Petroluem Umum Sertai Industri Runcit Petrol Di Malaysia

Syarikat Five Petroluem Malaysia Sdn Bhd iaitu sebuah organisasi baharu berkaitan petrol di Malaysia secara rasmi mengumumkan mereka melibatkan diri dalam industri runcit petrol di negara ini.

Pengerusi, Datuk Juhari Abdul Ghani berkata syarikat itu memperoleh lesen operasi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) pada 15 Januari lalu dan mewujudkan stesen minyak pertama pada 77 Mac lepas di Selangor.

“Awal tahun ini, Five merancang pembangunannya setelah memperoleh lesen tersebut ketika pandemik COVID-19 mula menular. Five memperlahankan rancangan pengembangan itu bagi mematuhi peraturan tempatan.

“Bagaimanapun, kami tidak pernah berhenti daripada mencatatkan kemajuan untuk memastikan kami menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

BACA JUGA ARTIKEL – Polis Buru Dalang Utama Macau Scam Yang Lolos Panjat Pagar SPRM

Kenyataan itu dikeluarkan sempena pelancaran jenama secara dalam talian yang dihadiri Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Juhari berkata visi syarikat adalah mengembangkan Five sebagai jenama tempatan paling kompetitif dan memiliki masa depan yang cerah di Malaysia.

Selain itu mengenal pasti lokasi paling sesuai di negara ini bagi tujuan pewujudan stesen minyak sehenti moden, berteknologi tinggi dan memberi pengalaman terbaik kepada rakyat Malaysia semasa mereka membuat isian semula bahan api mereka juga menjadi visi Five, katanya.

“Berikutan faktor seperti kepadatan penduduk, lokasi, kegiatan ekonomi dan sumber, jenama runcit petrol jarang mempertimbangkan kawasan luar bandar sebagai lokasi untuk stesen minyak mereka. Atas sebab ini, mereka yang tinggal di kawasan terpencil sering kekurangan bekalan petrol.

“Five diasaskan untuk mengatasi masalah ini. Kami berharap dapat mewujudkan lebih banyak stesen minyak di lebih banyak kawasan. Jadi, penduduk di luar bandar dapat menikmati teknologi dan kemudahan yang ditawarkan oleh Five,” katanya.

Pengarah Urusan Five, Datuk Seri Dr King Lim Chin Fui berkata sebagai penyokong pendigitalan di Malaysia, Five juga akan melengkapkan setiap stesen minyak dengan kecerdasan buatan (AI) dan kemudahan digital, seperti pengecaman plat kenderaan.

“Kami tidak hanya mendigitalkan proses urus niaga runcit petrol, malah kami juga mendigitalkan seluruh perniagaan daripada sistem POS (terminal jualan) awan, platform kesetiaan mudah alih dan juga membolehkan teknologi pembayaran digital yang menggunakan AI (pengecaman wajah dan plat lesen), untuk menawarkan pembayaran tanpa tunai kepada seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata Five telah menetapkan hala tuju baharu untuk usahawan yang berminat, mengorak laluan yang lebih mudah dengan melonggarkan syarat bagi mengoperasikan stesen minyak.

“Five akan menawarkan peluang yang lebih cepat dan mudah bagi usahawan yang berminat. Lebih ramai akan dapat menyertai industri runcit petrol ini jika syarat berkenaan direndahkan, yang akhirnya memberi manfaat kepada pengguna,” katanya.

Sementara itu, Nanta mengucapkan tahniah kepada Five atas pelancarannya dan berkata syarikat minyak itu adalah jenama tempatan sepenuhnya.

“Tujuan Five adalah seiring dengan saranan kerajaan supaya membeli produk tempatan. Ini akan mengehadkan aliran keluar ringgit dari Malaysia, dan merangsangkan permintaan domestik,” katanya.

Syarikat itu merancang untuk mewujudkan 200 stesen minyak Five di negara ini dalam tempoh tiga tahun, membawa kemakmuran bersama kepada seluruh rakyat di semua lokasi.

Matlamatnya adalah bergerak maju ke arah Revolusi Industri 4.0 bersama-sama sebagai sebuah negara, dan membawa prospek baharu untuk industri runcit petrol tempatan.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...