“Fitnah Dilarang Dalam Islam, Abdul Hadi Kena Taubat” – Kor Ming

KUALA LUMPUR: Sering menggunakan retorik kaum dan agama sehingga menjejaskan imej DAP, parti itu menggesa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang segera bertaubat kerana mentohmah dan memfitnah parti berkenaan.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, serangan Abdul Hadi dan PAS secara keseluruhannya bagaimanapun tidak akan menjatuhkan parti tersebut, khususnya menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada bulan depan.

“Saya rasa Haji Hadi (Abdul Hadi) perlulah bertaubat kerana fitnah adalah dilarang oleh agama Islam.

“Fitnah demi fitnah tidak akan membantu. Oleh itu, saya berharap dan berdoa supaya beliau kembali ke pangkal jalan,” katanya pada sidang media Program Sentuhan Kasih Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Tasik Cempaka, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu baru-baru ini mendakwa DAP mempunyai agenda perkauman Cina serta menyambung usaha penghapusan ketuanan Melayu serta Bumiputera yang dirancang penjajah British.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut mendakwa DAP menggunakan jurubicara dalam kalangan orang Melayu untuk mencapai agenda parti itu, selain menuduh parti lain yang bekerjasama dengan DAP hanya menang dalam pilihan raya kerana menumpang pengaruhnya.

Atas kenyataan-kenyataan itu, polis memaklumkan sedang menyiasat Abdul Hadi berikutan kenyataannya mengenai DAP yang disentuh dalam kenyataan Minda Presiden PAS, dengan hasil siasatan awal polis mendapati ia mengandungi kenyataan yang berunsur perkauman dan boleh mencetus kegusaran awam.

BBerkaitan

Latest articles