Filem Mat Kilau Pecah rekod: Ini menunjukkan rakyat sokong sejarah Melayu

PETALING JAYA : Naib Ketua Puteri Umno, Datuk Nurul Amal Mohd berkata pencapaian filem Mat Kilau memecah rekod hari ini adalah bagus untuk industri perfileman negara.

Beliau melihat semua golongan tidak kira dari golongan muda hingga warga emas menonton filem Mat Kilau.

“Ini menunjukkan rakyat Malaysia sambut baik sejarah-sejarah Melayu.

“Bagi saya sejarah perlu diingat secara dalam. Pelajar-pelajar sekolah dan universiti juga turut menonton filem ini,” katanya.

Beliau juga berharap filem-filem seperti ini dapat dihasilkan lagi pada masa akan datang terutama arahan daripada pengarah filem Syamsul Yusof.

” ini bagus untuk industri perfileman Malaysia Kata nurul Amal ketika ditemui di program Media,Tiktokers,Instagramers,Bloggers dan Celebrity bersama Biro Media dan ict Puteri UMNO Malaysia dalam tanyangan Mat Kilau bersama hero adpadiputra dan johanarrif_asari.

Tambah nurul amal lagi, Kita lihat kesepaduan antara rakyat juga sangat baik sebab filem-filem sebelum ini tidak pernah melihat fenomena seperti ini.

“Ada yang siap membuat ‘grouping’ antara rakan sekerja untuk melihat filem ‘Mat Kilau’,” katanya.

Terdahulu, Filem Mat Kilau mencipta fenomena luar biasa apabila berjaya memecah rekod kutipan filem tempatan tertinggi RM39 juta sejak mula ditayangkan pada 23 Jun lalu.

Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan filem terbaharu arahan pengarah Syamsul Yusof berjaya mengatasi rekod filem Munafik 2 yang juga merupakan filem arahannya.

Untuk rekod, filem seram Munafik 2 mencatatkan jumlah kutipan RM37.7 juta pada 2018.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan diterbitkan Studio Kembara dan Skop Production Sdn Bhd dengan kos penggambaran dilaporkan mencecah RM8 juta.

Filem itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Yayan Ruhan.

BBerkaitan

Latest articles