KUALA LUMPUR: Felcra Berhad (FELCRA) diminta untuk merangka pelan Tranformasi 3.0 berikutan kejayaan agensi itu melalui pelaksanaan transformasi sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelan Transformasi 3.0 itu adalah bagi mencapai tahap keterjaminan makanan asas khususnya pengeluaran ayam, terlu dan daging secara domestik.
Ahmad Zahid berkata, ia juga bagi mengurangkan kebergantungan kepada import dalam jangka masa empat tahun lagi.
“Felcra perlu bersama kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan memberi penekanan terhadap terjaminan makanan.
“Kita lihat Felcra juga mempunyai keluasan tanah sebanyak 200,000 hektar yang mencakupi pelbagai idang aktiviti agro ekonomi, maka fokus keterjaminan makanan ini sudah dikenalpasti untuk menjadikan ebagai fokus baharu.
“Jadi, kita sarankan supaya pelan Transformasi 3.0 dirancang dan membantu kerajaan dari segi keterjaminan makanan…saya boleh jadi fasilitator,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Taklimat FELCRA bersama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, di sini, hari ini.
Sebelum ini FELCRA mempunyai dua pelan transformasi di mana Transformasi 1.0 dilaksanakan bagi memperkukuhkan penstrukturan semula organisasi dan perjawatan pengurusan kewangan agensi itu supaya selari dengan keperluan serta perkembangan semasa.
Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah itu mahu pelan Transformasi 3.0 dilakukan bagi melihat FELCRA bukan hanya sebuah badan korporat namun harus menjadi badan korporat yang didokong oleh 100, 000 peserti dan menjadi konglomerat.
Ahmad Zahid berkata, sekuriti makanan menajadi asas kepada aktiviti komersial FELCRA, maka beliau berpandangan kerajaan harus dibantu supaya pengimportan bahan-bahan makanan yang jumlahnya terlalu besar boleh diganti dengan pengeluaran secara domestik daripada FELCRA dan agensi lain.
“Telah tiba masanya pengurangan pengimportan ini dilakukan yang mampu mengurangkan pertukaran wang asing.
“Saya lihat potensinya cukup besar, cuma kita perlu fokus semula kepada cabaran dalaman dan luaran,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, FELCRA harus berdiri sendiri tanpa meletakkan kebergantungan dana daripada kerajaan.
Beliau berkata, FELCRA perlu belajar dari pengalaman sebuah syarikat berkaitan kerajaan(GLC) yang mana dahulunya tersenarai dalam Bursa Malaysia namun berdepan dengan maslaha yang cukup besar pada akhirnya.
Tambah beliau juga, FELCRA harus telus dan beri keuntungan kepada peserta serta membantu koperasi supaya tiada ketirisan berlaku di luar.