Farhash Wafa Kesal Dijadikan Alat Politik, Buat Laporan Polis Terhadap Wan Fayhsal

KUALA LUMPUR: Dikaitkan sebagai salah seorang daripada dua individu yang didakwa berusaha menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang terhadap Perdana Menteri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menafikan dengan tegas tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Sehubungan itu bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang sebelum ini menuduh penglibatannya.

“Ianya jelas bahawa saya dijadikan sebagai alatan politik untuk menyebarkan khabar angin yang tidak benar untuk kepentingannya sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Lebih lanjut, Farhash memberitahu dirinya hanya sibuk sebagai ahli perniagaan dan tidak lagi aktif di dalam politik.

“Saya juga tidak faham mengapa Wan Fayhsal melontarkan fitnah demikian dengan niat menjatuhkan reputasi saya demi kepentingan politik beliau.

“Saya juga merizabkan hak untuk memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wan Fayhsal,” katanya.

Terdahulu, Wan Fayhsal dalam satu sidang media di Parlimen mendakwa dua individu dikenal pasti menarik Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong perdana menteri.

Wan Fayhsal berkata dua individu itu adalah Farhash dan seorang lagi yang dikenali sebagai “Datuk Botak”.

BBerkaitan

Latest articles