• Lokasi: Padang pasir Negev, Israel.
• Luas: 400,000 meter persegi – penjara terbesar di Israel.
• Dibuka pada Mac 1988 semasa Intifada Pertama (1987-1993)
• Kapasiti: Menempatkan kira-kira 6,000 tahanan Palestin dan lain-lain.
• Nama lain: ‘Ansar III’.
• Keadaan Penjara yang perit
• Tahanan ditempatkan dalam khemah, terdedah kepada cuaca ekstrem – Panas terik siang hari – Sejuk melampau waktu malam.
• Bekas tahanan mendakwa berlaku penyeksaan fizikal & mental.
• Ada yang dipukul di dada ketika dalam perjalanan ke sidang video dan diugut supaya tidak mengadu kepada hakim.
• Kesesakan & Kemudahan Tidak Manusiawi
• Sel penjara dibina untuk 7 orang tetapi menempatkan 12 tahanan.
• Tandas rosak, kotor, berbau, dan tanpa pintu.
• Bekalan elektrik dipotong sepanjang hari, menyebabkan tahanan hidup dalam kegelapan berpanjangan.
• Human Rights Watch & B’Tselem (Israel) mendokumentasikan pelbagai kes pelanggaran hak asasi di Penjara Ketziot.
• Testimoni bekas tahanan menggambarkan keadaan yang amat tidak berperikemanusiaan.
• Sukarelawan Malaysia dijangka ditahan sementara waktu akibat cuti Yom Kippur di Israel.
• Proses pengusiran mungkin bermula seawal Isnin atau Selasa depan.