Faisal Kini Dipindahkan Ke Wad Biasa

KUALA LUMPUR: Bintang Selangor FC, Faisal Halimbmendapat perkhabaran positif apabila telah dipindahkan ke wad biasa bagi meneruskan proses pemulihan di hospital ketika ini.

Faisal, pada hujung minggu lalu telah menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara.

Berikutan itu, pemain bola sepak kebangsaan itu melecur tahap empat.

Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, Faisal yang pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.

Menerusi perkembangan terkini menerusi Nadi Breaking, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, memaklumkan Faisal telah keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) dan telah dipindahkan ke wad biasa.

Faisal bagaimanapun masih lagi dalam pemantauan pihak perubatan dan tidak menerima pelawat

BBerkaitan

Latest articles