Fahami Konsep Pengasingan Kuasa

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan semua pihak untuk tidak mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan undang-undang

Bahkan, prinsip pengasingan kuasa merupakan perkara yang telah diketahui umum selepas Ismail Sabri menegaskannya sebelum ini.

“PM tegaskan soal prinsip pengasingan kuasa, integrti dalam uruskan kerajaan dan tadbir urus baik adalah perkara paling utama. Lain-lain cadangan yang lari daripada dasar itu tidak akan dilakukan kerajaan pimpinan PM, tak kira daripada siapa pandangan itu datang,” kata Annuar.

Annuar juga diminta mengulas lanjut kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman bahawa sesiapa pun yang dilantik menjadi Perdana Menteri mesti melantik Peguam Negara (AG) dalam kalangan “orang beliau”.

Beliau menegaskan tidak ada mana-mana pihak yang boleh memaksa Perdana Menteri untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang.

Ini kerana, Perdana Menteri perlu komited mengekalkan intergriti dalam mentadbir negara meskipun terdapat pelbagai pandangan disuarakan kepadanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, Perdana Menteri perlu komited mengekalkan intergriti dalam mentadbir negara meskipun terdapat pelbagai pandangan disuarakan kepadanya.

“Sesiapa saja boleh beri pandangan tapi kerajaan keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuj Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal istiqamah mengekalkan integiriti dan mendegar hati nurani rakyat. Lain-lain syor dan cadangan bersifat kepentingan kumpulan, puak, kita anggap sebagai pandangan peribadi.

”Kerajaan perlu kekal mengutamakan integiriti dalam setiap tindakan kerajaan dan tiada sesiapa yang boleh cuba memaksa Perdana Menteri melakukan sesuatu yang tidak kena pada keluhuran undang-undang, pengasingan kuasa dan integriti Kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles