Enam Penumpang Positif Covid-19, Baki 396 Penumpang Pesawat Air Asia Ke Tawau Diminta Jalani Saringan Kedua

Susulan enam kos positif Covid-19 direkodkan daripada penumpang kedua-dua pesawat Air Asia ke Tawau baru-baru ini, seramai 396 lagi penumpang penerbangan diminta hadir ke klinik kesihatan terdekat untuk melakukan ujian saringan kedua.

Kedua-dua pesawat itu, AK5742 dan AK5740 tiba di Tawau pada 1 dan 4 Mei lepas dengan membawa 402 penumpang termasuk pelajar universiti.

“Bagi penerbangan Air Asia AK5742 pada 1hb Mei 2020 ada 156 orang penumpang semuanya dan empat didapati positif dan selebihnya 152 kita minta tampil untuk menjalani saringan kesihatan yang kedua termasuk 8 pelajar dan 144 orang awam. Mereka semua ini ada di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu,” katanya memetik laporan Astro Awani

Bagi penerbangan kedua pula pada 4hb Mei 2020 melalui pesawat Air Asia AK5740 yang membawa 246 penumpang, dua daripadanya turut didapati positif COVID-19.

“Daripada jumlah itu seramai 64 adalah pelajar universiti dan 160 adalah orang awam dan melalui data mereka juga berada di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan juga Semporna. Jadi melalui kedua-dua penerbangan ini enam didapati positif termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun,” katanya lagi.

Dalam pada itu Suzalina memaklumkan pihaknya berjaya mengesan tiga pelajar universiti yang dibawa pulang ke daerah itu ingkar perintah kuarantin di rumah.

“Kita ada terima aduan orang awam dan kita buat intipan serta ambil gambar sebagai bukti. Ketiga-tiga pelajar ini akan dibawa ke mahkamah untuk didakwa,” katanya.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini