Enam Pelajar Ditahan Terlibat Kes Buli

IPOH: Sehingga pagi ini, polis memaklumkan telah menahan enam suspek kes buli yang berlaku di di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial, kelmarin.

Media pada semalam melaporkan, polis menahan empat pelajar sekolah berasrama di Kuala Kangsar yang menjadi suspek utama insiden buli terhadap seorang pelajar lain, sebelum video mengenainya tular di media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata penahanan dua suspek berusia 13 tahun itu menjadikan jumlah keseluruhan enam ditahan setakat ini.

“Dua lagi pelajar ditahan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, malam tadi.

“Setakat ini enam pelajar telah ditahan semalam dan mereka masih berada dalam tahanan sehingga kini,” katanya hari ini.

Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan, berkata empat pelajar berusia 13 tahun itu ditahan selepas selesai memberi keterangan di IPD Kuala Kangsar antara jam 6 petang hingga 7 malam tadi.

Kesemua mereka ditahan untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian buli terbabit berlaku pada antara jam 1 hingga 2 pagi kelmarin membabitkan mangsa dengan tujuh suspek remaja lain yang semuanya adalah pelajar Tingkatan 1 berusia 13 tahun.

BBerkaitan

Latest articles