KUALA LUMPUR: Empat Menteri Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan Senator, pagi tadi.
Mereka ialah Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Kementerian Dalam Negeri).
Dua lagi adalah Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Kementerian Luar), dan Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Untuk rekod, Tengku Zafrul mengangkat sumpah jawatan untuk kali kedua sementara yang lain adalah lantikan kali pertama.