Empat Ditahan Pasang Bendera Malaysia, Johor Secara Terbalik

Dua lelaki dan dua wanita ditahan polis selepas terlibat memasang bendera Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang berdekatan kawasan perindustrian di Tebrau.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan tangkapan terhadap empat suspek itu, termasuk seorang warganegara Bangladesh.

Polis juga merampas sehelai bendera Malaysia dan sehelai bendera negeri Johor.

“Hasil siasatan mendapati kilang ini telah menjalankan perusahaan perabot selama lapan tahun di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Keempat-empat individu itu akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.

Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan suspek boleh dikenakan denda tidak melebih RM100.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih terkesan perbuatan sebegini,” katanya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,803FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini