Elak Lagi Salah Faham, Howard Dinasihatkan Tak Petik Lagi Ayat al-Quran

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How digesa tidak lagi mengulangi perbuatan memetik atau merujuk ayat-ayat al-Quran ketika memberi pandangan dalam hal berkaitan politik.

Perkara itu diingatkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas beliau menghubungi Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu berhubung perkara tersebut.

Ingatan itu disampaikan kepada Howard supaya isu itu tidak lagi dijadikan bahan fitnah dan disalah tafsir hingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.

“Walaupun perbuatan DAP itu pernah ‘dihalalkan’ oleh kepimpinan Pas waktu bersama dahulu.

“Terima kasih saudara Howard kerana menerima pandangan dan teguran saya secara positif,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Polis Perak telah menyerahkan siasatan berhubung Howard yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular baru-baru ini kepada Bukit Aman.

Siasatan dijalankan setelah Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak membuat laporan polis terhadap Howard pada 21 September lalu bagi meminta siasatan dan tindakan dikenakan terhadap pemimpin DAP itu kerana dianggap menghina Islam.

BBerkaitan

Latest articles