KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini memaklumkan pihaknya tidak akan mengumumkan jumlah kes harian COVID-19 seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
Bercakap di sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang tadi, Khairy berkata data lengkap akan dikongsikan pada pukul 10 pagi keesokan harinya.
Perkembangan terkini pandemik itu akan dikeluarkan bersama data untuk kategori lain seperti penggunaan katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi dan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
”Perubahan ini berkuat kuasa mulai esok dan seterusnya dengan jumlah kes harian bagi Jumaat hanya akan dikeluarkan pada pagi Sabtu,” katanya.
Perubahan tersebut, menurut Khairy, bagi
memberikan gambaran jelas tentang situasi semasa jangkitan Covid-19 dalam negara secara keseluruhan termasuklah kemasukan pesakit ke hospital dan bilangan kematian harian.
“Ini adalah perubahan cara kita fikir daripada tengok kes harian 20,000 atau 30,000. Ini untuk kita mengurangkan ‘fear factor‘ kes harian dan ia perubahan budaya. Berhenti melihat kepada (kes harian), tetapi kita melihat bersama dengan semua data,” katanya lagi,
Jelas Khairy, perincian matrik dan data seperti ini dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar mengenai situasi Covid-19, dimana inilah yang diamalkan oleh negara-negara luar.
Dalam pada itu, Helpdesksecara fizikal turut ditubuhkan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara berperingkat demi menyelesaikan isu berbangkit melibatkan MySejahtera.
“Boleh datang ke Helpdesk fizikal, yang virtualsudah pasti kita akan teruskan. Ini untuk selesaikan isu ada yang tunggu lama dapatkan sijil vaksinasi.
”Jadi kita mesti selesaikan, kita mulakan di PPV WTC, KL. Selepas itu di PPV Ideal Convention Centre (IDCC) dan kita akan perluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat,” katanya.