Eda Ezrin Kena Tinggal Di Penjara Lagi Sebulan

KUALA LUMPUR: Keluarga Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, memaklumkan tempoh tahanan penyanyi Bae Soba Bae itu di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand akan dilanjutkan sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan lagi.

Menurut bapanya, Wan Ismail Wan Yusuf, 52, perkembangan terbaru itu diketahuinya menerusi sebuah portal Thailand, namun belum menerima sebarang pengesahan rasmi.

“Sepatutnya Eda dan lima yang lain dibebaskan hari ini selepas genap sebulan mahkamah membebaskan mereka daripada tuduhan memiliki pil yaba. Tetapi saya dimaklumkan malam tadi bahawa tempoh tahanan mungkin dilanjutkan sebulan lagi. Jika benar, kami reda,” katanya.

Wan Ismail juga memaklumkan bahawa bekas isterinya, Zahara Mamat, dijadual hadir ke penjara sama hari ini atau esok untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Kami hanya mampu berdoa agar urusan anak saya dipermudahkan dan dia dapat kembali ke pangkuan keluarga secepat mungkin,” tambahnya.

Menurut laporan portal Thailand, Mahkamah Wilayah Narathiwat telah meluluskan permintaan Pendakwa Raya untuk melanjutkan tempoh rayuan selama sebulan.

Ini bagi membolehkan mereka mengumpul bukti tambahan bagi mengaitkan Eda Ezrin, suami dan empat rakannya dengan dakwaan memiliki 6,059 biji pil yaba.

Sebelum ini, pada 6 Mac lalu, mahkamah membebaskan mereka selepas mendapati tiada bukti kukuh mengaitkan mereka dengan dadah yang ditemui di sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November tahun lalu.

BBerkaitan

Latest articles