Eda Ezrin Kembali Ke Penjara Sementara Tunggu Pendakwaan Fail Rayuan

KUALA LUMPUR: Penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin dan suami serta empat rakannya masih perlu berada dalam penjara untuk tempoh sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.

Peguam bela mewakili Eda Ezrin dan Sufian Abdul Aziz, berkata ia berikutan mereka perlu menunggu sekiranya pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan yang dibuat mahkamah hari ini.

“Untuk kesemua tiga pertuduhan sudah dianggap selesai hari ini di mana anak guam saya bebas daripada pertuduhan memiliki sejumlah pil yaba.

“Namun mereka perlu berada di penjara sekurang-kurangnya sebulan sehingga empat bulan lagi, menunggu sekiranya pihak pendakwaan mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.

“Namun jika sebulan sudah tamat, pihak pendakwaan boleh membuat rayuan pada bulan kedua.

“Namun kebiasaannya pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan dalam tempoh sebulan ini,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata, sekiranya rayuan yang dibuat oleh pihak pendakwaan selepas ini memihak kepada anak guamnya sebagaimana hari ini, maka kes berkenaan dianggap selesai sepenuhnya.

 

BBerkaitan

Latest articles