Ebit Lew Berdepan 11 Pertuduhan Mahkamah, Termasuk Gangguan Seksual

TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew hari ini dihadapkan ke Mahkamah Tenom, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Laporan Harian Metro menyebut bahawa Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu.

Sementara itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

BBerkaitan

Latest articles