Duta AS: Anwar Minta Tunggu Pengumuman

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nama calon bagi jawatan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang baharu, telah pun disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda.

“Tetapi seperti mana yang saudara tahu, sehingga hal ini disahkan, (baru) kita akan umumkan,” katanya.

Anwar sebelum ini dilapor berkata, kerajaan telah mempunyai calon bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang telah tamat perkhidmatan bagi tempoh dua tahun sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Perdana Menteri turut dilapor berkata, kerajaan kini dalam fasa mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Mohamed Nazri mula memegang jawatan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat pada 9 Februari 2023, dan menurut kenyataan Kementerian Luar, pemilihan (Mohamed Nazri) itu berdasarkan pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara. – Bernama

BBerkaitan

Latest articles