Sertai Blok Pembangkang, Keahlian Tun M, Mukhriz Serta 3 MP Bersatu Terhenti Serta-Merta- SUK Bersatu

Keahlian Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presidennya, Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain terhenti serta merta.

melalui surat dari setiausaha kerja Bersatu yang diedarkan , Muhammad Suhaimi Yahya, keahlian kelima-lima mereka dihentikan atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat 18 Mei lalu.

Tiga pemimpin lain yang sehaluan dengan Mahathir iaitu Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah turut menerima surat pemberitahuan berkenaan

Dalam kenyataan itu, Menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu) Keahlian Mereka-mereka yang menerima surat berkenaan dalam Parti berkenaan adalah terhenti serta merta.

Surat seperti yang diedarkan kepada media

Sebelum ini, seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, berdasarkan perlembagaan Bersatu, ahli yang menyertai kelompok pembangkang boleh menyebabkan keahlian seseorang itu gugur dengan sendiri.

Menurutnya, beliau membangkitkan perkara ini susulan kesal dengan tindakan segelintir Ahli Parlimen Bersatu yang memilih untuk duduk bersama barisan parti pembangkang dalam pembukaan sidang Parlimen tempoh hari.

“Setiap parti ada disiplinnya. Semua ahli perlu hormati disiplin parti. Sebenarnya parti tidak lagi perlu kenakan tindakan disiplin, sebab keahlian gugur dengan sendiri. Suburkan semangat ‘rule of law’ yang kita pegang, parti perlu segera semak status keahlian semua tanpa rasa takut,”katanya.

Wan Saiful berkata, jangan biarkan wujud kasta ‘dewa’ yang membolehkan individu tertentu menolak disiplin parti secara terang-terangan kerana ia kelak menjadi barah yang merosakkan parti.

“Jangan sombong, beranggapan lebih tinggi dari yang lain sehingga duduk dengan blok parti sendiri pun tidak sudi. Parti akan rosak jika pemimpin hanya pentingkan pandangan sendiri tanpa pedulikan kesan tindakan mereka ke atas persepsi rakyat terhadap parti,” katanya.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini