Dubai Food Gallery Lancar Cawangan Baharu di Petaling Jaya

Petaling Jaya – Keistimewaan juadah dari restoran sajian Asia Barat sering menggamit peminat setia nasi arab di negara kita.

Sajian yang diadun dengan rempah dari Asia Barat serta resepi istimewa pengusahanya, pastinya menarik ramai pelanggan untuk menikmati sajian di kedai-kedai yang menawarkan menu nasi arab ini

Bertitik tolak dari pemintaan pelanggan dan peminat sajian itu, Kini Dubai Food Galery melebarkan perniagaan mereka dengan pembukaan cawangan keduanya di pusat beli belah Tropicana Garden, Petaling Jaya baru-baru ini.

Dubai Food Gallery yang memulakan perniagaan pertama mereka di kompleks beli belah Pavilion merupakan restoran yang menyajikan pelbagai hidangan makanan arab dari Dubai yang disediakan oleh cef berpengalaman menawarkan pelbagai hidangan seperti Nasi Arab, Shawarma, daging panggang, Baklava, masakan Khabsa dan pelbagai lagi.

Pengurusnya, Ahmad Muaaz merasakan pembukaan restoran ini dalam fasa endemik tidak sedikitpun memberi kesan namun beranggapan Malaysia adalah negara yang menjadi pilihan terbaik dalam bidang perniagaan sajian makanan.

Beliau yang telah bermastautin di Malaysia selama 9 tahun berkata rakyat Malaysia sangat menggemari makanan arab dan ini terbukti apabila cawangan pertama kami mendapat sambutan yang baik setakat ini.

Konsep food court yang dijalan di Dubai Food Gallery

Menurutnya lagi restorannya itu dibuat dengan konsep ‘food court’ bagi memudahkan pelanggan memesan dan melihat cara penyediaan makanan itu” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai perancangan lanjut restoran itu, pemilik restoran, Hadi Gali menyatakan bahawa mereka merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan restoran bermula Julai hadapan.

“Alhamdulillah, sambutan restoran ini sangat baik dan InsyaAllah kami akan melancarkan beberapa cawangan lagi di Pavilion 2 Bukit Jalil, Alamanda, IOI Putrajaya, KLCC dan Shah Alam” jelasnya.

Tambahnya lagi, menu nasi Arab disini mungkin sama seperti di kebanyakan restoran sajian Asia Barat lain di negara ini, cuma apa yang berbeza adalah cara penyediaan dan resipi tersendiri yang membuatkan ianya sedikit lain dari yang lain.

“Untuk nasi Arab disini, kami olah sambal cili sedikit pedas dan masam yang bersesuaian dengan selera rakyat Malaysia” jelasnya lagi.

BBerkaitan

Latest articles