Dua Wanita, Enam Lelaki Dipanggil Polis Bagi Kes Minum Arak Di PKRC

Polis memanggil dua wanita dan enam lelaki yang terbabit dalam isu minum minuman keras di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ia bagi membantu siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi mendapatkan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit No.9 2020.

“Kami memandang serius kejadian seperti ini dan siasatan menyeluruh akan dilakukan termasuk bagaimana minuman keras itu dibawa ke situ,” katanya.

Baru-baru ini, tular rakaman video menunjukkan sekurang-kurangnya lapan individu terbabit dalam aktiviti minum minuman keras di pusat berkenaan.

Video berdurasi 12 saat itu memaparkan seramai enam lelaki dan dua wanita sedang memegang tin minum arak jenis bir.

BBerkaitan

Latest articles