Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjata api yang berlaku di Kepong, dengan penangkapan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno bin Mohd Zahari , Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada sekitar jam 11 malam, 7 Disember 2024 lalu apabila seorang wanita warga Indonesia berusia 40 tahun membuat aduan mengenai dua lelaki yang datang ke rumahnya di Jalan Metro Barat Perdana Timur 2, Taman Usahawan Kepong.
Menurut laporan, suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis untuk melakukan pemeriksaan rumah. Namun, pengadu yang mencurigai tindakan mereka segera menghubungi Balai Polis Kepong untuk meminta bantuan. Suspek kemudian bertindak merampas telefon bimbit milik pengadu sebelum melarikan diri.
Bertindak atas maklumat, pihak polis dari Balai Polis Kepong telah melakukan serbuan pada 8 Disember 2024, dan . Hasil serbuan, dua lelaki Melayu berusia 42 dan 55 tahun telah ditahan.
Dalam operasi tersebut, pihak polis turut merampas Sepucuk pistol jenis CZ 75 bersama 10 butir peluru, Kad lesen senjata api milik sebuah syarikat pengawal keselamatan serta dua buah telefon bimbit milik pengadu.
Semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Kedua-dua suspek kini direman selama enam hari sehingga 13 Disember 2024, dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan di mana jika Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 197 jika Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan.
Polis mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi undang-undang. Beliau juga menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222.
Kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian di Kuala Lumpur terus terpelihara