Dua Suami Dalam Diam – Wanita Kantoi Lepas Setahun Hidup “Dua Rumah”

TANAH MERAH: Rahsia seorang wanita yang didakwa memiliki dua suami akhirnya terbongkar selepas adik iparnya mengesan perkahwinan kedua yang disembunyikan selama setahun.

Nur, adik kepada suami pertama wanita tersebut, berkata beliau mula mengesyaki sesuatu sebelum memeriksa sebuah rumah di Batu 11 bersama polis dan penduduk kampung pada 6 Disember lalu.

Sebaik tiba, mereka menemui seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian mengaku wanita itu adalah isterinya dan mengemukakan sijil nikah.

Memetik laporan Sinar Harian, menurut lelaki tersebut, mereka berkahwin pada 5 November tahun lalu di Pejabat Agama Wilayah Songkhla, Thailand.

Lebih mengejutkan, wanita itu didakwa menjalani ‘dua kehidupan’, berada di rumah suami kedua pada waktu siang dan kembali ke rumah suami pertama pada waktu malam.

Nur mendedahkan pasangan itu tidak pernah bercerai, malah hidup seperti suami isteri biasa tanpa sesiapa mengesyaki apa-apa.

Jarak rumah kedua-dua ‘suami’ itu hanya sekitar 19 kilometer.

Nur turut menuduh kakak iparnya membuat laporan palsu selepas rahsianya terbongkar, selain masih berkeras tinggal di rumah abangnya.

Nur turut berharap pihak berkuasa agama segera mengambil tindakan kerana kes tersebut didakwa mencemar kesucian agama Islam.

BBerkaitan

Latest articles