Dua Motosikal Bertembung, Pekerja Kilang Maut

Seorang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26 di Shah Alam, sekitar jam 7 pagi tadi.

Mangsa, Azinor Isma Salim, 40, maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Xmax bertembung dengan motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Shah Alam.

Katanya, motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang Mohd. Azirul Hanafie Omar, 21, bersama seorang pembonceng wanita.

“Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati mangsa yang tinggal di Puchong dalam perjalanan menuju ke tempat kerja di sebuah kilang pemasangan kereta.

“Kemalangan mengakibakan mangsa maut di tempat kejadian manakala penunggang dan pembonceng pula cedera parah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut manakala mayat Azinor Isma dihantar ke Hospital Shah Alam.

Kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini