Dua Calon Timbalan Presiden PKR Tak Habis Bertelagah

KUALA LUMPUR: Nampaknya ‘perang’ antara dua calon Timbalan Presiden PKR semakin berpanjangan susulan kenyataan Pakatan Harapan (PH) perlu menjadi pembangkang yang bermaruah dalam pilihan raya akan datang dan kesukaran gabungan itu untuk menang dalam PRU15.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa dua rakan gabungan PH iaitu Amanah dan DAP juga tidak bersetuju dengan tindakan mempertikaikan kebolehan parti sendiri, kemudian dimaklumkan kepada umum.

“Adakah patut, kita beritahu pada tentera kita, kita akan kalah dalam perang ini ketika kita telah susun tentera kita nak pergi berperang.

“Nak jadi pemimpin parti politik atau panglima tentera, kalau kita sedar ada masalah untuk menang, kita sepatutnya bina strategi. Pastikan strategi itu boleh memenangkan kita.

“Banyak cara nak bina strategi, antaranya membuat jaringan dan kerjasama, bukan beritahu kita akan kalah,” katanya dalam satu majlis di Kedah, semalam.

Sebelum ini Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli melontar pandangannya kepada media baru-baru ini bahawa lebih realistik PKR dan PH mensasarkan menjadi pembangkang bermaruah berbanding berkeyakinan terlalu tinggi untuk menang PRU15.

Sementara itu Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meramalkan PH tewas pada dua lagi pusingan PRU sebelum menguasai Putrajaya.

Berang dengan kenyataan itu, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR menasihatkan rakannya itu agar perkara berkaitan kelemahan parti elok dimaklumkan dalam bilik strategi untuk sama-sama mencari formula bagaimana untuk memenangkan PH.

BBerkaitan

Latest articles