Dua Beradik Cedera Parah dalam Kemalangan Motosikal, Lori di Sungai Bakap

SUNGAI BAKAP: Hasrat seorang nenek menghantar dua beradik ke sekolah bertukar tragedi apabila apabila mereka terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Besar Sungai Bakap, pagi ini.

Dalam kejadian sekitar jam 7.15 pagi itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun putus kaki kanan, manakala abangnya kehilangan tangan kiri akibat perlanggaran tersebut.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori berkenaan keluar dari susur kiri jalan sebelum bertembung dengan motosikal yang berada di hadapannya.

Impak kuat perlanggaran menyebabkan nenek mangsa, wanita berusia 50-an, mengalami kecederaan di kepala, manakala kedua-dua cucunya mengalami kecederaan serius.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Seberang Perai Selatan memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.40 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan lori yang membawa muatan tanah merah. Dua kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah segera dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap dengan bantuan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami turut memberikan rawatan awal kepada penunggang motosikal sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Insiden tragis ini turut tular di media sosial dengan ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap mangsa dan keluarga mereka.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian ini.

BBerkaitan

Latest articles