Dua Bekas ADUN DAP Sertai BERSATU

Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak hari ini menyertai BERSATU.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Mereka adalah ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam.

Paul dan Sivasubramaniam sebelum ini adalah ADUN DAP sebelum keluar parti itu pada Mac tahun lalu untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).

Pada 26 Jun tahun lalu, Sivasubramaniam menyertai GERAKAN selepas tiga bulan keluar DAP dan Pakatan Harapan (PH), manakala Paul pula memilih menjadi ADUN Bebas.

Paul sebelum ini dilanda kontroversi kerana dituduh merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia pada Ogos 2019.

Pada 21 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 30 Mac hingga 9 April ini sebagai tarikh untuk memulakan perbincaraan kes rogol berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles