Dua Anggota Polis Ditahan Ketika Berhibur Positif Dadah

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis positif dadah ketika ditahan sedang berhibur di sebuah pusat karoke di Jalan Loke Yew, di sini semalam.

Semakan mendapati anggota polis lelaki dan wanita itu positif dadah jenis Eramin 5 dan ketamin.

Mereka antara 55 individu, termasuk empat warga asing ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, hasil ujian air kencing mendapati, 49 individu membabitkan 17 wanita dan 25 lelaki positif dadah termasuk dua penjawat awam itu.

“Tangkapan dilakukan hasil risikan oleh sepasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sekitar jam 4 petang semalam.

“Kesemua yang ditahan melibatkan adalah warga asing dan tempatan berusia antara 22 hingga 51 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Tambah beliau, kesemua mereka direman hari ini bagi siasatan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Menurutnya, kertas siasatan tatatertib akan dibuka terhadap dua penjawat awam itu.

BBerkaitan

Latest articles