Dr Sheikh Muszaphar Dan Isteri Bakal Timang Anak Kembar Lagi

Melalui perkongsian di laman Instagramnya, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi berita gembira bersama pengikutnya bahawa mereka bakal memperolehi sepasang anak kembar lagi.

View this post on Instagram

Pic – Expecting Twins again … Alhamdulillah – Syukur teramat . Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins . I’m just thrilled , speechless and over the moon … It’s like DejaVu all over again . We have always wanted a big family . But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before . Double Nauseous Double Vomiting Double Bloating Double Craving Double Bleeding – which she did It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st Trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect . The only thing I could do is to gain weight with her which is part of the deal – Haha Salam Everyone Love As Always Just sharing the good news PS – Do be strong my love . Just hang in there and leave the workload of the kids to me . ?

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos kini sedang hamil 13 minggu.

“Kehamilan kali ini dijangka kembar lagi. Alhamdulillah, syukur teramat.

“Dr Halina kini hamil 13 minggu dengan kembar,” katanya.

Meskipun gembira dengan perkhabaran ini kerana mereka mahukan sebuah keluarga yang besar, namun Dr Sheikh Muszaphar tetap risau keadaan isterinya apatah kini masih bertugas sebagai pasukan barisan hadapan merawat pesakit Covid-19.

“Isteri akan mengalami mabuk (mengandung) berganda, kembung berganda, keinginan berganda malah masalah pendarahan berganda yang pernah dialaminya sebelum ini.

“ukar untuk melihat Dr Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner (petugas barisan hadapan) bagi merawat pesakit Covid-19,” katanya.

Dr Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,873FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini