Dr Noor Hisham Titip Pesanan Buat Frontliners

Memahami beban dan tekanan yang dihadapi petugas barisan hadapan di kala pandemik COVID-29 terus mencatatkan peningkatan kes baru, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus memberi semangat dan menitip pesan kepada petugas barisan hadapan.

Dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini, Noor Hisham mengingatkan kesemua petugas hadapan memulakan kerja dengan menetapkan niat menjalankan khidmat kerana Allah agar semua beban dapat dipermudahkan.

“Saya menyeru kepada semua frontliners iaitu sebelum memulakan tugas kita seharian, pastikan kita pasangkan niat dan nawaitu kita berkhidmat kerana Allah SWT. InshaAllah akan dipermudahkan segala beban kerja dan selepas kita berusaha bersungguh-sungguh marilah kita bertawakkal kembali kepada Allah SWT. Ajal maut kita ditentukan oleh Allah SWT,” tulisnya.

Beliau turut memetik sepotong ayat al-Quran bermaksud setiap yang bernyawa pasti akan mati dan potongan ayat Al-Baqarah membawa erti ‘sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali’.

Hantaran Noor Hisham itu mendapat pelbagai reaksi yang turut mendoakan kekuatan barisan hadapan menghadapi situasi pandemik kali ini.

Selasa lalu, Proklamasi Darurat seperti yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan selepas negara terus merekodkan bilangan kes harian yang meningkat.

17 Januari lalu, jumlah kes baru COVID-19 Lnaik mendadak sehingga mencecah 4,029 kes.

BBerkaitan

Latest articles