Dr Akmal Berang, Bantai Kerenah Birokrasi JAIM Jadi Punca Pelajar Belajar Di Lantai

MELAKA – Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhammad Akmal Saleh membidas amalan birokrasi dalam Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sehingga menjadi punca 34 murid sebuah sekolah agama di sini terpaksa belajar di atas lantai sejak tahun lalu.

beliau yang turut menempelak pegawai JAIM kerana kegagalannya memastikan kemudahan kerusi dan meja dapat digunakan murid setelah mendapat kelulusan Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Melaka sejak Disember tahun lalu.

“Peruntukkan dah masuk bulan 12 (2023), perlu sampai lima bulan? Ustaz buat apa ni ustaz?…inilah masalahnya kita ambil sambil lewa, buat banyak birokrasi akhirnya sampai lima bulan.

“Orang (rakyat) mengadu dekat saya tanya bila anak-anak boleh dapat tempat duduk (kerusi dan meja) sebab kita duduk dalam Mesyuarat Exco paling lambat pun dua tiga bulan sebab kita dah ada bajet,” tempelaknya menerusi media sosial facebook beliau, hari ini.

berang dengan jawapan dari Pegawai berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, itu kemudian segera menghubungi Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh untuk mendapat kesahihan namun dinafikan Salhah kerana telah meluluskan peruntukan yang diperlukan.

“Sebab birokrasi JAIM ini yang saya rasa melambatkan kerja (dan) kalau nak kerja buat cara nak kerja, ustaz jangan sambil lewa kerana kita ini berkhidmat untuk rakyat.

“Kalau tidak, saya bawa dalam Mesyuarat Exco, kita rombak semua JAIM lagi senang,” katanya yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka katanya menerusi video berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles