Don Daniyal Kembali Jadi Hos Salam Baitullah RTM

KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu direhatkan, pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid kembali menyambung semula tugasannya selaku pengacara rancangan Salam Baitullah di Radio Televisyen Malaysia (RTM) padanmalam tadi.

Perkara itu dimaklumkan RTM menerusi hantaran di Facebook yang memaklumkan Salam Baitullah 2024 kembali menampilkan gandingan Don Daniyal, Fakhrul Radzi dan Megat Mohd Zaid sebagai pengacara.

Sebelum ini, Ustaz Don, 39, direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah yang disiarkan secara langsung di TV1 sejak 2 Jun lalu.

Ini kerana wujud kontroversi berkaitan sirah Nabi Muhammad SAW yang dinyatakan Ustaz Don dalam siri ceramahnya.

Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai kenyataan Ustaz Don mengenai kisah Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW yang diragui.

Beliau kemudiannya dipanggil oleh JAKIM yang turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil.

Salam Baitullah adalah rancangan tonggak RTM yang bersiaran setiap kali musim haji kembali menemui penonton bermula 2 hingga 17 Jun ini.

Tahun ini, 17 episod program Salam Baitullah disiarkan secara langsung di saluran TV1, Saluran Berita – 123 MyTV juga RTMKlik selama sejam 30 minit mulai 9 hingga 10.30 malam.

BBerkaitan

Latest articles