DNAA Ahmad Zahid: Biar JKPK Buat Kerja, Pembangkang Diminta Sabar

KUALA LUMPUR: Beri ruang kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen terlebih dahulu dalan menyiasat isu keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) terlebih dahulu.

Itu gesaan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil selepas Dewan Rakyat menolak usul membahas isu DNAA membabitkan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Tegas Fahmi, jawatankuasa berkenaan disifatkan sebagai platform yang tepat kerana dan berbeza dengan Dewan Rakyat yang sekadar membolehkan hanya ahli Parlimen sahaja memberi pendapat.

Apatah lagi ia turut disertai ahli-ahli Parlimen blok Perikatan Nasional.

“Sekiranya dalam konteks Parlimen kita nak dapatkan maklumat daripada mana-mana pihak maka proses dan prosedurnya adalah seperti yang diumumkan semalam (Jawatankuasa Pilihan Khas).

“Jadi saya juga berharap kepada ahli-ahli Parlimen dari PN atau mana-mana yang lain pihak yang ingin mendapatkan penjelasan mendalam tentang perkara ini harap bersabar kita serah pada jawatankuasa pemilihan khas itu untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

“Mereka (jawatankuasa pemilihan khas Parlimen) sudah pasti akan melaporkan kepada Dewan Rakyat mengenai hasil siasatan dan saya percaya setelah laporan itu diterbitkan nanti kita boleh bahas di Dewan Rakyat..itu yang paling menyeluruh,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Tren Cinta Malaysiaku! sempena Hari Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Fahmi mahu jawatankuasa khas itu diberikan ruang dalam mengendalikan isu berkenaan, setelah ia terbukti membantu dalam banyak perkara sebelum ini khususnya penggubalan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dan isu berkaitan rokok dan vape.

“Oleh demikian, bagi saya jawatankuasa khas ini sangat tepat dan ia tidak berpartisan selain tidak berpolitik serta memainkan peranan mendalam mengendalikan sesuatu perkara.

“Maka kami percaya dengan prosesnya dan membiarkan jawatankuasa itu meneruskan kerjanya (memanggil Peguam Negara) dan pada akhirnya nanti kita akan dapat hasil laporan serta akan dibentangkan di Dewan Rakyat nanti,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles