Dividen RISDA, FELCRA RM189.08 juta – Perdana Menteri

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan jumlah keseluruhan dividen Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan FELCRA Berhad bagi 2020 sebanyak RM189.08 juta.

Bayaran agihan akhir lebihan keuntungan projek Felcra bagi 2020 sebanyak RM107,053 akan diberi kepada 58,826 peserta secara berperingkat bernula hari ini.

Bagi Risda pula, sebanyak RM82.03 juta akan diberi kepada 16,080 orang pekebun kecil yang mengusahakan tanaman getah dan sawit bawah Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan 15,165 orang pekebun kecil yang mengusahakan Tanam Semula Komersil (TSK).

“Agihan Akhir Lebihan Keuntungan FELCRA 2020 yang diagihkan ini adalah hasil daripada keuntungan bersih dari 890 projek ladang-ladang milik peserta yang dimajukan oleh FELCRA.

Powered by Streamlyn

“Bakinya, iaitu 327 projek adalah terdiri daripada projek yang belum berhasil dan dalam fasa tanaman semula,” katanya ketika mengumumkan dividen RISDA dan FELCRA di Ibu Pejabat RISDA.

Muhyiddin berkata, RISDA turut mengagihkan keuntungan zakat korporat kepada lebih 4,000 orang asnaf pekebun kecil dan institusi agama terpilih di seluruh negara dengan nilai zakat berjumlah RM2.48 juta.

Katanya, pada tahun ini kerajaan sekali lagi menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) kepada seramai 232,319 orang pekebun kecil yang melibatkan peruntukkan berjumlah RM69.9 juta iaitu pembayaran sebanyak RM600 seorang pada kadar RM300 untuk bulan Disember 2021 dan Januari 2022.

“Harapan saya dengan penerimaan dividen ini sedikit sebanyak mengurangkan beban ekonomi para pekebun kecil RISDA dan peserta FELCRA dalam mengharungi pandemik Covid-19 dan persiapan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles