Ditegur PM, DAP Akur Tidak Guna Logo Parti Untuk Bantuan Kerajaan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menggunakan logo kerajaan sahaja bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat pada masa depan.

Perkara itu dinyatakan Menterinya, Nga Kor Ming selepas diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak lagi menggunakan logo parti pada bantuan kepada rakyat.

“Kita akur arahan daripada Perdana Menteri, semua saluran kerajaan hanya pakai logo kerajaan sahaja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KPKT hari ini.

Kor Ming ditemui selepas melancarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (GPP PSB).

Kor Ming sebelum ini dikritik selepas menggunakan lambang DAP bersama logo kerajaan pada kotak bantuan kepada rakyat semasa musim pilihan raya.

Hal itu menarik perhatian Anwar sehingga membuat teguran dan menegaskan sebarang bentuk penyaluran bantuan kerajaan sepanjang tempoh berkempen, termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram tidak boleh menggunakan lambang parti.

BBerkaitan

Latest articles