Disebalik Dakwaan Tajuddin, UMNO Tetap Stabil

KUALA LUMPUR: UMNO masih utuh dan tiada krisis dalaman seperti yang digembar-gemburkan, demikian tegas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berperanan menjaga kerajaan manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menjaga parti.

Tambahnya lagi, disebalik dakwaan yang dibuat bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, parti itu kekal utuh.

“Presiden #UMNO ulangi dalam Mesyuarat MKT pada 24/6/22 bahawa calon PM / “poster boy” untuk #PRU15 adalah DSIS @IsmailSabri60.

“Tiada krisis seperti yang dihebohkan. PM jaga kerajaan & DS @DrZahidHamidi jaga parti. UMNO tidak akan berpecah sebab isu DS Tajuddin. Biarlah beliau tumpu sebagai Duta Besar,” tulisnya dalam hantaran di Twitter hari ini.

Ciapan itu merujuk kepada tindakan Tajuddin yang membuat pelbagai dakwaan terhadap Presiden UMNO kelmarin, yang disifatkan pemimpin UMNO hanya mengundang kemelut dalam parti.

Terdahulu pada semalam, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berpendapata tindakan Tajuddin itu juga hanya akan menjadi peluru kepada pihak lawan bagi menyerang UMNO.

Tajuddin dalam pendedahannya kelmarin mendakwa Ahmad Zahid tidak layak memimpin parti dan perlu undur diri secara terhormat.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang digugurkan jawatan itu Selasa lalu menerusi satu surat mendakwa segala keputusan mesyuarat MKT UMNO selama ini bukan kehendak ahli MKT, sebaliknya adalah kehendak Ahmad Zahid sendiri.

Tajuddin turut mendedahkan Ahmad Zahid mengetuai bagi mendatangani SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

BBerkaitan

Latest articles