Dirogol Sejak Usia Enam Tahun, Remaja Tingkatan 5 Kini Hamil Anak Bapa Sendiri

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merogol anak kandungnya sehingga remaja ini mengandung di sebuah kampung di Muar, Johor.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mangsa 17 tahun yang masih bersekolah itu membuat laporan semalam mendakwa dirogol bapanya sejak berusia enam tahun.

“Mangsa membuat aduan telah dirogol bapanya tanpa kerelaan. Mangsa yang merupakan wanita tempatan mendapati dirinya mengandung hasil ujian saringan air kencing.

“Susulan itu, warga tempatan berumur 41 tahun itu ditangkap polis,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata suspek direman tujuh hari sehingga 4 Nov ini bagi membantu siasatan.

BBerkaitan

Latest articles