KUALA LUMPUR: Pengarah Bersama Revenue Group Sdn. Bhd, Dino Ng Shih Fang dan Brian Ng Shih Chiow hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing, setelah kemelut perebutan korporat di dalam syarikat berkenaan.
“Tidak mudah untuk kami berbuat demikian kerana ini adalah syarikat teknologi yang kami telah asaskan bersama sejak 2003.
“Sedangkan kami adalah perintis kepada penyelesaian pembayaran dan pakar dalam menyediakan platform pembayaran yang sepenuhnya bersepadu untuk mana-mana perniagaan.
“Malangnya, kami tidak lagi boleh menjadi sebahagian daripada syarikat ini, setelah berlakunya cubaan untuk mengambil alih Revenue sejak Disember 2022, Sudah banyak yang dilaporkan media mengenai perkara ini,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.
“Bagaimanapun, kami yakin ini bukan penghujung jalan untuk kami. Masa depan terhadap penyelesaian pembayaran kekal menjanjikan.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong, pelanggan dan kakitangan kami sepanjang tahun. Kami berharap anda akan terus menyokong kami pada masa akan datang,” ujar mereka lagi.