Dikecam Pakai Kasut Tinggi Ketika Melawat PPS, Ini Jawapan Rina Harun

SEPANG: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun hari ini memohon maaf kepada semua pihak yang ‘kurang senang’ melihat penampilannya berkasut tumit tinggi ketika melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di ibu negara, baru-baru ini.

Menurut Rina, beliau m menyarung kasut yang hanya difikirkan selesa, kerana sebelum itu menghadiri Perhimpunan Agung BERSATU.

Terdahulu, Rina teruk dihentam kerana dikatakan memakai kasut tumit tinggi ketika melawat sebuah PPS di ibu negara, yang menemptkan lebih 500 mangsa banjir yang berlindung di sana.

“Saya yang sebelum itu menghadiri Perhimpunan Agung BERSATU hanya sempat menukar baju kurung rasmi parti kepada seluar dan kemeja tanpa memikirkan soal kasut.

“Saya hanya menyarung kasut yang dirasakannya selesa sebelum melawat mangsa. Saya minta daripada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ucapan saya keluar untuk ke PPS.

“PPS SJKT Sarawasthy bukan PPS yang pada asalnya dalam senarai kita, sebaliknya dibuka kerana keperluan mendesak.

“Apa yang penting keberadaan saya di tempat itu untuk melihat kebajikan mereka terjaga dan apa lagi keperluan mereka yang saya (perlu) bantu. Saya minta maaf… saya tak sangka kasut saya lebih penting untuk difikirkan dari saya berada di sana melihat kebajikan (mangsa banjir),” katanya.

BBerkaitan

Latest articles