Di Sebalik Tirai Besi, Murad Miliki Doktor Falsafah Akhirnya Bebas Diberi Pengampunan Sultan Selangor

KUALA LUMPUR: “Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Demikian perumpamaan yang paling tepat diberikan kepada Murad (bukan nama sebenar), seorang banduan dari Penjara Kajang yang dibebaskan pada hari ini setelah diberikan pengampunan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Hari Keputeraan baginda.

Murad hidup di sebalik tirai besi sejak usianya seawal 14 tahun pada tahun 2001 merupakan Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

Untuk rekod, Murad yang melanjutkan pelajaran di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan merupakan prospek pertama Jabatan Penjara Malaysia yang bergelar Doktor Falsafah sepanjang menjalani hukuman pemenjaraan.

Melalui perkongsian di Facebook Jabatan Penjara Malaysia, beberapa keping gambar menunjukkan Murad bersama pegawai dan petugas agensi berkenaan dengan memakai kemeja bewarna putih.

Riak gembira bercampur hiba jelas terpancar di wajah Murad selepas Pengarah Penjara Kajang, TKP Preshahdin Monshee membacakan waran pembebasan.

TKP Preshahdin juga menitipkan pesanan agar Murad sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi serta menggunakan ilmu yang ada dalam memajukan diri selepas dibebaskan.

Sementara itu Murad menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj atas kurnian pengampunannya ke atas dirinya.

Bahkan Murad memaklumkan dirinya tidak akan melupakan segala jasa Jabatan Penjara Malaysia kerana memberikan peluang kepadanya untuk menyambung pengajian sehinggalah bergelar Doktor Falsafah.

BBerkaitan

Latest articles